Saturday, November 23, 2024

Tuhan yang mencipta manusia, maka mengaku kesalahan mestilah kepada Dia

Cuba fikirkan ini : Tuhan mencipta manusia kemudian menyuruh manusia membuat pengakuan kesalahan kepada manusia lain (pendeta) ? Bukankah lebih logik jika mengaku kesalahan itu dibuat kepada Tuhan kerana Dia yang membuat peraturan samada sesatu perbuatan itu satu kesalahan atau bukan ? Mengapa pengakuan dibuat kepada manusia (pendeta) sedangkan peraturan dibuat oleh Tuhan ?

Friday, January 28, 2022

Manusia kotor dimata tuhan

Seorang pendeta Indonesia, Manubulu, mengatakan manusia terlalu kotor dimata tuhan, lalu kenapa tuhan menjadi manusia dan hidup sebagai manusia ? Adakah maknanya tuhan mengotorkan diri sendiri ?

Tuhan yang mencipta hukum dosa

Siapa yang mencipta hukum kepada manusia bahawa membunuh manusia lain adalah perbuatan berdosa ? Tentulah tuhan yang mencipta hukum. Maka dosa terhasil apabila manusia melanggar hukum tuhan. Tuhan mencipta manusia dengan penuh tahu bahawa manusia akan melanggar hukum-hukumnya. Jadi, apalah gunanya tuhan mencipta hukum-hukum kemudian membiarkan dirinya dibunuh kononnya untuk membebaskan manusia dari hukum-hukum ciptaannya ? Bukankah lebih baik kalau tuhan tidak mencipta hukum-hukum, jadi manusia tidak ada dosa.

Dosa itu dihukumkan oleh tuhan

Tuhan menciptakan manusia. Manusia yang diciptakan tuhan bersifat berdosa. Maka tuhan membiarkan dirinya dibunuh manusia untuk menebus dosa manusia yang bersifat berdosa yang diciptakannya. Konyol !! Buat apa tuhan mencipta manusia dgn sifat berdosa kemudian tuhan membiarkan dirinya dibunuh manusia untuk membuang dosa manusia, sedangkan tuhan tentu sudah tahu ketika mencipta manusia bahawa dosa itu lekat pada manusia. Kok tuhan digambarkan begitu bodoh.

Friday, October 1, 2021

Adakah Tuhan kamu mengakui agama kamu ?

Dalam agama kami (Islam), Tuhan kami ada mengatakan yang agama yang diredhainya adalah Islam. Adakah Tuhan kamu ada mengatakan agama yang diredhainya adalah Kristian ?


Sunday, October 29, 2017

Tuhan bagi Kristian telah gagal ?

Dalam agama Kristian, dipercayai bahawa Tuhan menyerupakan dirinya sebagai manusia, iaitu Jesus sebagai anaknya, dan hidup di bumi. Apa tugas anak tuhan di bumi ? Selama anak Tuhan berada di bumi, tidak ramai yang memeluk agama Kristian. Bayangkan tuhan sendiri berdakwah tapi gagal menarik orang untuk percaya dengan ajaran yang dibawanya. Bagi kepercayaan Kristian, tuhan telah gagal dalam misinya.