Friday, January 28, 2022
Manusia kotor dimata tuhan
Seorang pendeta Indonesia, Manubulu, mengatakan manusia terlalu kotor dimata tuhan, lalu kenapa tuhan menjadi manusia dan hidup sebagai manusia ? Adakah maknanya tuhan mengotorkan diri sendiri ?
Tuhan yang mencipta hukum dosa
Siapa yang mencipta hukum kepada manusia bahawa membunuh manusia lain adalah perbuatan berdosa ? Tentulah tuhan yang mencipta hukum. Maka dosa terhasil apabila manusia melanggar hukum tuhan. Tuhan mencipta manusia dengan penuh tahu bahawa manusia akan melanggar hukum-hukumnya. Jadi, apalah gunanya tuhan mencipta hukum-hukum kemudian membiarkan dirinya dibunuh kononnya untuk membebaskan manusia dari hukum-hukum ciptaannya ? Bukankah lebih baik kalau tuhan tidak mencipta hukum-hukum, jadi manusia tidak ada dosa.
Dosa itu dihukumkan oleh tuhan
Tuhan menciptakan manusia. Manusia yang diciptakan tuhan bersifat berdosa. Maka tuhan membiarkan dirinya dibunuh manusia untuk menebus dosa manusia yang bersifat berdosa yang diciptakannya. Konyol !! Buat apa tuhan mencipta manusia dgn sifat berdosa kemudian tuhan membiarkan dirinya dibunuh manusia untuk membuang dosa manusia, sedangkan tuhan tentu sudah tahu ketika mencipta manusia bahawa dosa itu lekat pada manusia. Kok tuhan digambarkan begitu bodoh.
Subscribe to:
Comments (Atom)