Mengikut berita Sinar Harian hari ini Sabtu 11 Jan 2014 ms 4, Celina Wong dari Sisters Of The Infant Jesus Bukit Mertajam telah menulis surat kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam supaya membuang tulisan Jawi yang terdapat pada papan tanda nama sekolah tersebut, atas alasan sekolah itu adalah sekolah Mubaligh Kristian dan tulisan jawi tidak dibenarkan sama sekali. (Tulisan jawi itu hanya menyatakan nama sekolah tersebut, diikuti tulisan rumi dibawahnya).
Adakah Jesus anti huruf Arab ?
Friday, January 10, 2014
Wednesday, January 8, 2014
Kristian Malaysia harus buat pembetulan
Sejak bilakah bible mula cuba diterjemah ke bahasa Melayu ? Mengikut sejarah, ia bermula pada masa Munsyi Abdullah lebihkurang 400 tahun dahulu. Munsyi dikatakan pakar bahasa Melayu pada masa itu. Beliau adalah seorang mualaf berasal dari India. Para paderi telah meminta bantuan Munsyi untuk menterjemah the god dalam bible Inggeris ke bahasa Melayu. Munsyi menjawab Allah. Lalu para paderi langsung menggunakan perkataan ini. Sesungguhnya Munsyi telah memberi jawapan yang salah. Sepatutnya Munsyi memberi jawapan Tuhan Triniti. Penganut kristian telah menerima jawapan yang salah dan salah dalam penggunaan sehingga hari ini. Tidak salah kalau penganut kristian Malaysia membuat pembetulan.
Sunday, January 5, 2014
Benarkah tuhan menebus dosa manusia
Dikatakan tuhan itu mati disalib 4 hari 3 malam ditangan manusia untuk menebus dosa manusia. Tapi mengapakah manusia yang melakukan kesalahan masih dihukum penjara dan sebagainya sedangkan dosanya telah ditebus oleh tuhan.
Sistem dosa itu ciptaan Tuhan
Tuhanlah yang mencipta peraturan dan undang-undang. Tuhan juga yang menetapkan bahawa jika manusia melanggar undang-undang ciptaannya, maka manusia itu dikatakan membuat dosa. Tuhan juga yang menentukan bahawa jika manusia membuat dosa, maka manusia harus dihukum. Maka dimana logiknya Tuhan mahu menebus dosa manusia sedangkan sistem dosa itu adalah ciptaan Tuhan sendiri. Dimana juga logiknya kalau Tuhan menebus dosa manusia sedangkan manusia berdosa itu turut dihukum oleh manusia lain.
Friday, January 3, 2014
Kristian di Barat tidak guna Allah
Orang kristian borneo harus sedar satu fakta bahawa kristian di barat lebih awal dari kamu. mereka tidak guna Allah. malah mereka menghina Allah. bagi mereka Allah itu tuhan arab pagan. bagi mereka Allah itu 'moon god'. mengapa pula kristian di borneo mahu guna Allah ? apakah orang kristian borneo lebih betul dari kristian barat ? tidak mungkin kan. mereka lebih ori dari kamu. kamu harus perbetulkan diri kamu kepada yang ori iaitu tidak guna Allah. tidak salah kalau kamu buat pembetulan. mereka sudah lebih 2000 tahun. kamu baru lebih 400 tahun. ikutlah cara mereka. mereka tentu lebih benar dari kamu.
Nama Jesus adalah nama khas
Dari segi bahasa, nama Jesus adalah nama khas atau nama khusus yang tertentu kepada satu-satu entiti. Nama khusus bukan untuk diterjemahkan. Kalau nama anda John di England, maka nama John jugalah orang-orang di negara lain akan menyebutnya.Begitulah dengan Jesus, ia tidak sesuai diterjemahkan kepada Allah.
Subscribe to:
Comments (Atom)